Pengenalan

Ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan kebajikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM 720 juta.

KPD dikenali sebagai “SYARIKAT BEKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD”

KPD dipelopori oleh 42 anggota polis, antaranya adalah :- 
     l.  SM SHEQ MOHAMAD 
     ll.  SM KULA SINGH

Pada 12 Julai 1976 penamaan baru iaitu "KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (KPD)" diperkenalkan.

Berikut adalah tandatangan pelopor yang masih tersimpan nilainya:-

      :: Klik untuk papar GAMBAR::

KPD juga mengembangkan sayapnya dengan terlibat secara langsung di dalam industri seperti berikut:

Pembinaan
Kejuruteraan
Komputer
Perhotelan
Hartanah
Industri penerbangan
Pendidikan
Pengangkutan

KPD merupakan salah satu dari empat institusi kewangan diikhtiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputera. Tiga institusi yang lain melibatkan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).